Serena terus mara, namun Venus terkandas

Serena terus mara, namun Venus terkandas

PARIS, 1 Jun – Juara bertahan Serena Williams mara ke suku akhir Terbuka Perancis hari ini, namun Timea Bacsinszky menewaskan kakak Serena, Venus apabila pemain Switzerland itu meneruskan kemaraannya di Paris.

Serena mara ke lapan terakhir di Roland Garros buat kali ke-10 selepas membelasah pemain pilihan ke-18 Elina Svitolina dari Ukraine 6-1, 6-1 dalam masa satu jam lebih di Gelanggang Philippe Chatrier.

Pemain nombor satu dunia itu meneruskan buruannya untuk menyamai rekod era Terbuka 22 gelaran Grand Slam menentang pemain ranking ke-60 Ylia Putintseva di pusingan seterusnya.

Pemain Amerika berusia 34 tahun itu berdepan bermain empat perlawanan dalam empat hari berturut-turut apabila dia menyasarkan takhta Terbuka Perancis keempat, namun Serena bimbang akan jadual permainan tersebut.

Serena Williams mara ke pusingan seterusnya namun kakaknya Venus Williams kecundang dalam kejohanan Terbuka Perancis. – AP
Serena Williams mara ke pusingan seterusnya namun kakaknya Venus Williams kecundang dalam kejohanan Terbuka Perancis. – AP

“Empat perlawanan berturut-turut? Saya rasa bagi kami… apabila kami bermain pada kejohanan biasa kami bermain empat, lima perlawanan berturut-turut. Itulah yang terjadi,” katanya.

“Di Rom saya bermain empat? Lima? Perlawanan berturut-turut, saya tidak tahu. Namun itulah, di Miami dan Indian Wells kamu hanya bermain setiap hari. Ia sesuatu yang dapat anda sesuaikan diri anda. Saya rasa buat saya adalah tidak apa-apa dan juga bagi orang lain.”

Sementara itu pemain pilihan kelapan, Bacsinszky menamatkan sebarang prospek Serena untuk menentang kakaknya Venus di separuh akhir selepas menyingkirkan Williams yang lebih senior itu dalam straight set, 6-2, 6-4.

Bacsinszky, yang mara ke separuh akhir Paris tahun lepas, memenangi sembilan daripada 10 permainan selepas mengejar 0-2 di set pertama untuk memenangi perlawanan itu.

“Jika saya boleh bermain di sini setiap hari seumur hidup saya, saya akan lakukannya,” kata Bascinszky, yang akan membuat pertemuan dengan pemain bukan pilihan dari Belanda Kiki Bertens pada pusingan seterusnya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA