Serena terus mara

Serena terus mara

PARIS, 29 Mei (Reuters) – Senarai pemain–pemain pilihan sebelum pertandingan bagi menyandang kejohanan Terbuka Perancis wanita terus mengecil dan buat seketika ia kelihatan pemain nombor satu dunia, Serena Williams, juga akan tersingkir semalam.

Sejurus selepas bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniaki disingkirkan oleh Julia Goerges, yang bermakna pilihan ketiga, kelima dan keenam semuanya tersingkir sebelum pusingan ketiga, Williams, 33, menghadapi pemain bukan pilihan dari Jerman, Anna-Lena Firedsam.

Walaupun perlawananan itu kelihatan tidak bersesesuaian tetapi Firedsam, pemain ranking ke-105 memberikan juara grand slam 19 kali itu persaingan sengit di Gelanggang Suzanne Lenglen, yang menguasai set pertama sebelum Williams pulih untuk mara ke pusingan ketiga dengan kemenangan 5-7, 6-3, 6-3.

Bekas juara dua kali, Williams terjejas di Perancis sebelum ini, terutamanya pada tahun lepas apabila dia dikalahkan oleh Garbine Muguruza dari Sepanyol pada pusingan yang sama dan pada 2012 apabila Virgine Razzano dari Perancis menewaskannya pada pusingan pertama.

Dengan pukulan groundstrokes kencang pemain dari AS itu kerap melepasi garisan dan dengan servisnya tidak menyebelahinya pada set pertama – servis Williams berjaya dipatahkan sebanyak tiga kali.

Serena William melepaskan lega setelah perlawanan sengit beliau. – Reuters
Serena William melepaskan lega setelah perlawanan sengit beliau. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA