Serena tidak tertekan

Serena tidak tertekan

LONDON, 28 Jun (AFP) – Serena Williams bertegas dia boleh berdepan tekanan untuk meneruskan kalendar Grand Slam ketika menumpukan persaingan ketiga bagi pencapaian bersejarah di Wimbledon.

Williams mencatatkan kejayaan Terbuka Australia dan Perancis dalam tempoh enam bulan dan pemain nombor satu dunia itu kembali ke All England Club dalam jarak dua gelaran utama untuk menjadi wanita pertama sejak Steffi Graf pada 1988 memenangi empat gelaran utama dalam masa setahun.

Pemain dari AS berusia 33 tahun itu juga memenangi Terbuka AS untuk menamatkan tahun 2014 pada kedudukan menarik dan pilihan utama untuk meneruskan dominasi itu dengan gelaran Wimbledon bagi kali keenam sepanjang kerjayanya.

Penguasaannya terhadap kejayaan itu telah menarik perhatian umum dan Serena tahu tumpuan sukan dunia adalah ke atasnya dalam masa dua minggu seterusnya.

Tetapi dia menegaskan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan perhatian tambahan dan jangkaan kerana mentalnya adalah kekuatan yang lebih besar berbanding servis dan pukulan kencangnya.

Serena Williams menuju gelanggang All England Tennis Club semalam untuk menjalani latihan persediaan untuk Kejohanan Wimbledon. – AFP
Serena Williams menuju gelanggang All England Tennis Club semalam untuk menjalani latihan persediaan untuk Kejohanan Wimbledon. – AFP

“Secara peribadi ia tidak memberikan sebarang perbezaan, yang mana saya rasa perkara bagus kerana saya tidak merasakan sebarang tekanan untuk memenangi keempat-empat gelaran itu,” Williams memberitahu wartawan di Wimbledon semalam.

“Saya tidak merasakan tekanan itu. Mungkin jika saya menang di sini, mungkin saya mula merasakannya selepas itu. Tetapi kuat dari segi mental adalah kekuatan terbesar saya.

“Sebagai anak bongsu daripada lima adik–beradik menjadikan saya seorang yang lebih kuat. Adalah menarik untuk mempunyai servis kencang. Anda mungkin pemain terbaik dunia, tetapi anda masih boleh tewas dan anda perlu untuk kembali.”

ARTIKEL YANG SAMA