Serena tolak dakwaan berasa tertekan

Serena tolak dakwaan berasa tertekan

LONDON, 27 Jun (AFP) – Serena Williams menolak khabar angin yang mengatakan beliau tertekan ketika mengular peluangnya mengekalkan kejuaraan di Wimbledon tahun ini.

Pemain berusia 34 tahun itu tidak bermain secara kompetitif sejak tewas kepada pemain Sepanyol, Garbine Muguruza di final Terbuka Perancis pada 4 Jun lalu kekalahan yang menghalangnya daripada menyamai rekod 22 kemenangan Grand Slam dimiliki oleh Steffi Graf.

Memandangkan dia juga tewas pada pertembungan di Terbuka Australia kepada Angelique Kerber dan tewas pada separuh akhir Terbuka AS, tahun lalu, tidak salah untuk mengatakan dirinya ketika ini sedikit terganggu.

Begitupun, dia mengakui segala-galanya berjalan dengan lancar di depan media antarabangsa menjelang kejohanan Grand Slam ketiga tahun ini itu.

“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya berasa baik dan yakin,” kata Serena di Kelab All England, lokasi dia memenangi enam gelaran Grand Slam.

Serena Williams dalam sesi sidang media bersama para pemberita. - AP
Serena Williams dalam sesi sidang media bersama para pemberita. – AP

Malah, Serena turut tidak berasakan dia perlu beraksi di kejohanan pemanas badan di gelanggang rumput sebelum Wimbledon dan menegaskan lebih gemar menjalani latihan di gelanggang keras di kediamannya sebelum tiba seminggu lebih awal di London.

Ia adalah formula yang sudah diuji dan dicubanya sebelum ini.

“Saya datang ke sini, saya fikir pada Isnin. Jadi saya memiliki banyak masa di atas gelanggang rumput. Saya melakukan persiapan yang sama, dan ia tampak berhasil,” katanya.

Serena dijadual membuka kempen Wimbledon menentang pemain di ranking 148 dunia dari Switzerland, Amra Sadikovic.

ARTIKEL YANG SAMA