Serena tumpaskan kakak, mara separuh akhir

Serena tumpaskan kakak, mara separuh akhir

NEW YORK, 9 Sept – Serena Williams mengekalkan usahanya bagi memburu kalendar grand slam dengan menumpaskan kakaknya Venus 6-2, 6-1, 6-3 pada persaingan di Terbuka Amerika Syarikat semalam.

Serena mara ke separuh akhir, hanya dua kemenangan dari melakarkan sejarah, dalam membuktikan ujian getir bagi empat pertandingannya.

Ia adalah pertandingan tenis utama apabila adik-beradik Williams bertembung, dan dengan Venus, pemenang Terbuka AS sebanyak dua kali, menjadi penghalang bagi pemburuan juara bertahan, Serena, pertemuan terbaru mereka bertukar menjadi ekstravaganza utama, yang menarik penonton dari senarai A termasuk calon presiden AS dan mogul hartanah Donald Trump serta selebriti televisyen, Oprah Winfrey.

Beraksi di bawah cahaya lampu di peringkat terbesar dalam tenis, kedua adik-beradik Williams itu mempamerkan persembahan lebih tegang dan drama berbanding produksi Boradway, mengetepikan juara lelaki, Marin Cilic untuk melakukan aksi pemanasan sementara pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic melakukan tugasannya.

Bagi mereka yang kekal di sekitar National Tennis Center sehingga beberapa jam lebih awal pagi tadi, mereka dipersembahkan kepada tenis lebih kuat ketika Djokovic bergelut dengan cabaran dari pilihan ke 18 dari Sepanyol, Feliciano Lopez 6-1, 6-3, 7-6 (2).

Serena (kiri) memeluk Venus selepas menumpaskan kakaknya itu pada kejohanan Terbuka AS di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King pada 8 September 2015 di New York. – AFP
Serena (kiri) memeluk Venus selepas menumpaskan kakaknya itu pada kejohanan Terbuka AS di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King pada 8 September 2015 di New York. – AFP

Adik-beradik Williams telah bertemu sebanyak 26 kali sebelum ini tetapi tidak pernah dengan keputusan yang sebanyak ini.

Kemenangan dari Venus akan meletakkannya lebih hampir kepada grand slam pertama sejak kejayaan Wimbledon pada 2008 tetapi menjejaskan peluang Serena menyertai kelab sukan paling eksklusif bagi pemenang kalendar grand slam yang terdiri hanya tiga ahli, Maurren Connolly, Margaret Court dan Steffi Graf.

Keriuhan di sekitar Stadium Arthur Ashe dilihat seperti pertarungan gelaran heavyweight dan aksi di atas gelanggang adalah hampir sama ketika Serena dan Venus meletakkan hubungan keluarga di tepi dan menghadapinya seperti menentang musuh.

“Dia seorang pemain yang sukar pernah saya hadapi sepanjang hidup saya dan orang yang terbaik saya kenali,” kata Serena dalam temu bual di tepi gelanggang.

“Jadi ia akan menentang teman baik anda dan pada masa yang sama menentang pesaing yang hebat bagi saya dalam tenis wanita, jadi ia begitu sukar pada hari ini.

“Apabila saya menentangnya, saya tidak rasa dia seperti kakak saya, kerana dia beraksi dengan baik, membuat pukulan kencang dan banyak berlari bagi mendapatkan bola.”

Persaingan itu lebih tegang dan emosi berbanding pertandingan mereka yang lain. Serena merenung di gelanggang dan jarang untuk membuat kontak mata bersama kakaknya sehingga pertandingan berakhir dan adik-beradik itu berpelukan di jaring. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA