Serena wanita besi

Serena wanita besi

NEW YORK, 26 Ogos (AFP) – Bukan sekadar pemain tenis wanita terhebat dalam sejarah malah bakal menempa nama sebagai wanita terhebat sejarah sukan.

Begitulah status dimiliki Serena Williams menjelang pencarian gelaran ke-22 Grand Slam pada Terbuka Amerika Syarikat bermula beberapa hari lagi.

Pemain bertubuh pejal berusia 33 tahun itu memiliki rekod cemerlang jarang dapat disaingi beberapa pemain elit tenis wanita.

Dia masih remaja ketika memenangi gelaran Grand Slam sulung di Terbuka Amerika Syarikat 1999 sebelum menjulang gelaran ke-21 di Wimbledon, bulan lalu.

Serena melengkapkan kedua karier dikenali Serena Slam apabila memenangi semua empat kejuaraan utama berprestij sekali gus.

Serena bergambar bersama trofi Terbuka Cincinnati selepas menewaskan Simona Halep kelmarin. – AFP
Serena bergambar bersama trofi Terbuka Cincinnati selepas menewaskan Simona Halep kelmarin. – AFP

Pencarian gelaran kali keempat berturut-turut pada Terbuka AS, kali terakhir dilakukan Chris Evert pada 1978 bakal memberi Serena sesuatu tidak pernah dicapai dalam kalendar tahunan Grand Slam mengaitkannya dengan beberapa pemain legenda lelaki atau wanita.

“Saya hanya mahu bermain tenis,” kata Serena.

“Tidak perlu mendengar cerita mengenai sejarah ini atau sejarah itu kerana saya hanya mahu melakukan apa terbaik perlu dilakukan.

“Saya mahu mampu menang dan tidak suka gangguan. Itulah cara saya menanganinya.”

Kejohanan Grand Slam AS di New York bermula Isnin depan menyaksikan Serena diletakkan pilihan utama.

Serena memenangi enam gelaran setiap satu kejohanan iaitu Wimbledon, Terbuka AS serta Terbuka Australia dan tiga gelaran Terbuka Perancis.

ARTIKEL YANG SAMA