Serena Williams alami kecederaan lutut

Serena Williams alami kecederaan lutut

PERTH, Australia, 4 Jan (Agensi) – Serena Williams menarik diri daripada perlawanan pembukaan Piala Hopman disebabkan keradangan di lutut kirinya, satu halangan awal dalam persediaan untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Australianya.

Williams berlatih pada hari ini sebelum musim pembukaan ke atas Elina Svitolina dari Ukraine dalam pertandingan pasukan bercampur antarabangsa di Arena Perth, tetapi menarik diri daripada perlawanan dan diganti oleh Vicky Duval.

Duval tewas 6-4, 6-1 kepada Svitolina dan Alexandr Dolgopolov menewaskan Jack Sock 6-4, 6-2 untuk memenangi perlawanan Kumpulan A untuk Ukraine sebelum pasangan AS itu memenangi beregu campuran 6-2, 6-3.

Williams berkata dia yakin dia boleh menyertai Sock dalam pasukan AS untuk bermain menentang pasukan Australia Gold esok. Pengarah kejohanan Piala Hopman Paul Kilderry berkata Williams dilaporkan mengadu rasa sakit di lututnya semalam.

Serena Williams terpaksa menarik diri dalam perlawanan pembukaan Piala Hopman akibat kecederaan di bahagian lutut. - Reuters
Serena Williams terpaksa menarik diri dalam perlawanan pembukaan Piala Hopman akibat kecederaan di bahagian lutut. – Reuters

“Dia mahu memberikan peluang kepada dirinya untuk bermain, dia menjalani latihan ringan pada pagi ini tetapi dia fikir dia tidak dapat melakukannya hari ini,” kata Kilderry. Setelah memenangi kejohanan Terbuka Australia dan Perancis dan kejuaraan Wimbledon pada 2015, Williams mempunyai dua bulan rehat selepas Terbuka AS, di mana dia hampir-hampir gagal untuk menamatkan satu musim Grand Slam dengan tewas kepada Roberta Vinci dalam separuh akhir.

Bagi Duval, 20 tahun, yang kembali kepada tenis pada Ogos selepas sembuh daripada Hodgkin’s lymphoma, mengganti Williams merupakan satu peluang yang hebat.

“Saya berasa cemas apabila menggantikan pemain hebat. Namun saya benar-benar mempunyai masa yang menyeronokkan hari ini,” kata Duval. “Saya mempunyai prospek baru mengenai kehidupan. Saya bersyukur kerana dapat kembali dan melakukan apa yang saya suka lakukan.”

ARTIKEL YANG SAMA