Serena Williams berundur daripada Cincinnati Masters

Serena Williams berundur daripada Cincinnati Masters

CINCINNATI, 17 Ogos – Pilihan utama Serena Williams menyerahkan kemasukan wild card dalam pertandingan ATP-WTA Cincinnati Masters pada Isnin lalu selepas mengadu mengalami kecederaan bahu.

Pemain nombor satu dunia itu, yang dikejar dalam rangking oleh Angelique Kerber dari Jerman, mendapatkan kemasukan percuma minggu lalu dan diletakkan diatas undian. Tetapi pemain dari AS itu, 34, menukar kedudukan secara tiba–tiba pada Isnin lalu.

‘Saya merasa kecewa tidak mampu untuk bersaing memandangkan saya bersedia untuk mempertahankan gelaran saya,’ kata Williams.

‘Kradangan bahu saya berterusan, tetapi saya merasa ragu untuk kembali ke gelanggang secepat mungkin.”

Gambar fail bertarikh 9 Ogos 2016 menunjukkan aksi Serena Williams semasa menentang pemain daripada Ukraine Elina Svitolina dalam acara tenis perseorangan wanita pusingan ketiga di Pusat Tenis Olimpik Rio 2016, di Rio de Janeiro. – AFP

Ketiadaan Williams sekarang membuka ruang kepada Kerber untuk bertandingan pada rangking tinggi WTA. Williams adalah pemain no.1 bagi 183 minggu berturut–turut dan 306 pada keseluruhannya. Tetapi Kereber menjadi pemain nombor satu jika dia mahu memenangi gelaran.

Williams mendapatkan kedudukan dalam wild card untuk berada dalam undian itu. Dia akan digantikan oleh Misaki Doi dari Jepun.

Doi mara ke pusingan kedua untuk menghadapi Zheng Saisai dari China atau Christina McHale dari AS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA