Serena Williams cedera

Serena Williams cedera

BASTAD, Sweden, 19 Julai – Serena Williams baru-baru ini membuat pengunduran mengejut dari kejohanan tanah liat WTA di selatan Sweden, sebelum menghadapi pemain Czech nombor 105 yang pernah mengalahkannya di permukaan tersebut.

Malah penganjur kejohanan juga telah mengaku minggu ini mereka terkejut yang mana pemain nombor satu dunia telah menghormati komitmennya dengan membuat persediaan bermain menjelang pertandingan di hutan Sweden itu.

Williams memenangi pusingan kedua pembukaan ke atas pemain kelayakan dari Belgium Ysaline Bonaventure 6-2, 6-1.

Bagaimanapun harapan itu dihilangkan tatkala pemain berusia 33 tahun itu mengundur diri memetik kecederaan di bahagian suku yang sudah lama hanya beberapa hari selepas memenangi takhta Wimbledon keenam pada hujung minggu lepas.

Klara Koukalova telah mengalahkan Williams di gelanggang tanah liat pada 2009 di Sepanyol tetapi kekal ketinggalan 4-1 dalam kesemua perlawanan mereka.

“Terima kerana memahami. Saya sentiasa berasa banyak sokongan di sini dan saya berharap saya dapat kembali,” juara 20123 itu memberitahu Swedish TV.

“Saya berasa hancur,” tambahnya. “Apabila saya memanaskan badan pagi ini saya mencederakan siku saya yang mana pernah cedera teruk sebelum ini. Pihak doktor berkata adalah lebih baik untuk tidak menjadikannya lebih teruk. Saya mengalami masalah yang sama ketika di Roland Garros dan Wimbledon.”

William dijadualkan akan bermain bulan depan di California, Kanada dan Ohio sebelum berlmulanya kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada 31 Ogos. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA