Serena Williams intai gelaran Wimbledon keenam

Serena Williams intai gelaran Wimbledon keenam

LONDON, 24 Jun (AFP) – Serena Williams menetapkan pandangannya untuk melangkah lebih hampir dalam kalendar sejarah Grand Slam apabila melancarkan usahanya untuk menjulang mahkota Wimbledon keenam.

Williams kembali ke All England Cluba minggu depan buat kali pertama sejak kesukaran pada pertengahan jalan dalam dua pertandingan tahun lepas di mana dia terjejas akibat jangkitan virus payah memukul bola melepasi jaring.

Imej–imej pelik Serena terjejas sekitar Court One – berlaku beberapa hari selepas tewas pusingan ketiga perseorangan wanita kepada Alize Cornet – mencetuskan sebahagian menggambarkan kerjaya pemain dari AS itu melalui babak yang menyakitkan. Tetapi pemain berusia 33 tahun itu memberikan respons dramatik dan penting.

Serena memenangi Terbuka AS untuk menamatkan 2014 dengan kedudukan tinggi dan mencatatkan kemenangan dalam Terbuka Australia dan Perancis tahun ini, membawa kembali kepada All England Club dalam jarak dua gelaran utama untuk kalendar pertama Grand Slam sejak Steffi Graf memenangi empat gelaran utama pada 1988.

Serena bergambar bersama trofi Rolland garros di paris 6 Jun lalu. – Reuters
Serena bergambar bersama trofi Rolland garros di paris 6 Jun lalu. – Reuters

“Jelas saya mahu memenangi Grand Slam. Saya rasa ia mungkin menarik,” kata Serena, yang menewaskan Lucie Safarova untuk memenangi gelaran Roland Garros ketiganya lebih awal bulan ini.

Dengan 20 gelaran Grand Slam, Williams berada di kedudukan ketiga dalam senarai sepanjang masa dan pantas menghampiri rekod Margaret Court, dengan kemungkinan menyamakan tangga kedua daripada 22 kejayaan Graf pada akhir tahun.