Serena Williams mula langkah kanan

INDIAN WELLS, 9 Mac – Serena Williams mengetepikan kesukaran dari rehat selama 15 bulan kerana hamil untuk memenangi pertandingan pembukaan di WTA Indian Wells dengan kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Zarina Diyas.

Williams merupakan seorang pemain ranking teratas dunia apabila memulakan rehat panjangnya berikutan kemenangannya di Terbuka Australia pada 2017, di mana dia sudah melahirkan anak perempuannya, Alexis Olympia yang dilahirkan pada September lalu.

Williams memasuki gelanggang malam semalam yang menerima sorakan hebat, dengan kebanyakan di stadium yang setengah penuh berdiri dan bersorak ketika dia keluar dari terowong bagi kemunculan ketiganya di Indian Wells dalam 17 tahun lalu.

Selepas itu, ia adalah perkara yang membuatkan dirinya mengawal rali dan dia mendapatkan break pertama servisnya pada permainan ke-11 set pertama dan memenangi set itu dalam permainan seterusnya pada mata penamat ketiga.

Serena Williams semasa bercakap kepada media selepas menewaskan Zarina Diyas dalam kejohanan tenis di Indian Wells semalam. – AP

Pemain dari AS itu, 36, adalah bintang tarikan di Indian Wells, tetapi di sebalik popularitinya, tahun ini adalah misteri yang menyelubungi kecergasan permainannya dan keupayaan untuk melakukan pukulan.

Pemenang Grand Slam 23 kali itu menjawab beberapa soalan tersebut semalam dengan menghasilkan empat aces dan memenangi 63 peratus dari mata servis pertamanya ke atas pesaing yang sukar yang memenangi gelaran WTA pertamanya pada tahun lepas di Tokyo.

Williams juga memenangi 64 peratus dari servis keduanya dan menewaskan Diyas, ranking ke-53 dunia, lima kali dalam pertandingan sepanjang 92 minit.

Dia melakukan empat double faults, tetapi servis keduanya yang menentukan kemenangannya itu adalah bukti perancangan permainan yang melihatnya beraksi secara agresif dan tidak bertenang dan membolehkan Diyas dari Kazakhstan untuk merancang permainan. – AFP