Serena Williams tersingkir

Serena Williams tersingkir

RIO DE JANEIRO, 10 Ogos – Juara bertahan dan juga pemain nombor satu dunia, Serena Williams tersingkir pada Sukan Olimpik awal pagi ini selepas tewas 6-4, 6-3 kepada Elina Svitolina dari Ukraine.

Kekalahan pemain Amerika Syarikat berumur 34 tahun itu bermakna impiannya merangkul pingat emas kelima dan emas di temasya 2016 kini berakhir selepas dia dan kakaknya, Venus juga tewas pada pusingan pertama acara beregu wanita.

Svitolina, 21, akan bertemu juara Wimbledon sebanyak dua kali, Petra Kvitova bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Juara Wimbledon, Williams jelas dibelenggu kecederaan bahu yang memaksanya membuat keputusan tidak menyertai kejohanan di Montreal sebelum ini. Di satu masa dalam perlawanannya, Williams menjerit kesakitan, “bahu, bahu”.

pg23_160811_olympic logo

Aksi Serena selepas tewas kepada Elina Svitolina. – AP
Aksi Serena selepas tewas kepada Elina Svitolina. – AP

Dia kemudian melakukan lima kesalahan berganda dalam permainan ketujuh di set kedua yang menyaksikan pemain ini tewas dalam perlawanan pusingan terawal sepanjang kariernya menyertai acara perseorangan di Olimpik.

“Jelas saya kecewa. Ini peluang yang baik. Ia tidak menjadi seperti yang saya mahukan tetapi sekurang-kurangnya saya dapat ke Rio. Itu sasaran saya.

Cukup menakjubkan dan menyeronokkan tetapi kini ia sudah berakhir,” kata Williams Pemain yang mempunyai rekod kemenangan 4-0 ke atas ini Svitolina ini bagaimanapun melakukan kesilapan demi kesilapan.

“Saya tidak memikirkan mengenai rekod menentang Serena. Saya tak jangka boleh menang dan tidak menyangka dia akan melakukan kesilapan. Hanya bertarung dan fokus, kata Svitolina. – AFP