Serge Aurier ditegah masuk Britain

Serge Aurier ditegah masuk Britain

PARIS, 23 Nov – Pemain pertahanan Paris Saint Germain (PSG) Serge Aurier telah ditegah masuk Britain dan akan terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Arsenal pagi esok selepas pihak berkuasa Britain membatalkan visanya.

Juara Perancis menggelar keputusan itu “tidak difahami” namun Kementerian Dalam Britain berkata ia bertindak menurut undang-undang yang ditetapkan oleh pihak imigresen.

“Paris Saint-Germain terkejut dengan situasi tidak difahami ini yang menyerang integriti Liga Juara-Juara UEFA,” menurut kelab tersebut kelmarin, menambah ia disebabkan oleh kesalahan Aurier pada September kerana menyerang seorang pegawai polis di luar sebuah kelab malam di Paris.

Juara Perancis itu secara jelas menunjukkan kemarahan mereka kepada pihak berkuasa Britain, terutamanya kerana mereka dikatakan mereka hanya mendapat makluman keputusan akhir itu pada tengah hari kelmarin, dan menyatakan itu sesuatu perkara yang tidak hormat kepada kelab.

“Selepas permohonan awal pada 18 Oktober, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan, pihak berkuasa Britain pada awalnya memberikan kebenaran visa masuk kepada Serge Aurier ke UK pada 21 Oktober,” menurut PSG.

“Bagaimanapun, pada 16 November, visanya telah dibatalkan oleh Kementerian Dalam Britain.”

PSG yang akan berdepan Arsenal bagi merebut kedudukan teratas Kumpulan A, berkata mereka telah melobi menentang keputusan itu dan dimarahkan lagi dengan fakta keputusan akhir diumumkan pada saat-saat akhir.

Aurier, 23 tidak pernah dipenjarakan, meskipun dikenakan hukuman sedemikian bagi tempoh dua bulan, dan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Britain tetap dengan keputusan mereka.

“Aurier menerima hukuman tahanan dua bulan pada September lalu atas kesalahan menyerang seorang pegawai polis.

“Undang-undang imigresen secara jelas menyatakan bahawa warganegara bukan ahli EU yang menerima satu hukuman tahanan dalam kurang dari 12 bulan dalam tempoh lima tahun kebelakangan akan ditolak atas alasan jenayah,” satu keterangan daripada kementerian itu menyatakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA