Serge Aurier terima pujian

Serge Aurier terima pujian

PARIS, 13 Okt – Pertahanan kontroversi Paris Saint-Germain Serge Aurier menerima pujian selepas tindakan pantasnya menyelamatkan nyawa seseorang.

Jurulatih Mali dari Perancis, Alain Giresse berterima kasih kepada Aurier yang menjadi tajuk utama akhbar sejak kebelakangan ini kerana membantu Moussa Doumbia yang keadaan kecemasan ketika kelayakan Piala Dunia Zon Afrika di Ivory Coast, Sabtu lalu.

“Doumba ‘tertelan lidahnya dan tercekik’,” kata Giresse kepada stesen radio Perancis, RMC.

“Ketika itulah Aurier bersama seorang pemain kami, pantas bertindak meletakkan dia di sebelah dan menggunakan tangannya untuk menarik keluar lidah apa lagi dia seolah-olah hampir mati.

“Ia satu reaksi menakjubkan dari Aurier. Saya bercakap dengannya selepas itu dan berterima kasih kepadanya atas ketenangannya mengendali situasi sebegitu.”

Aurier menimbulkan kekacauan di laman media sosial selepas aksi di Bouake yang menyaksikan Ivory Coast mencatat kemenangan 3-1, dan beliau melakukan aksi ‘mematahkan leher’ ketika meraikan gol kedua pasukannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA