Sergio Ramos kembali ke kem latihan

Sergio Ramos kembali ke kem latihan

MADRID, 8 Jan (AFP) – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos kembali ke kem latihan gergasi Sepanyol itu hari ini yang memberi peluang buat pengurus baharu, Zinedine Zidane menjalankan sesi latihan penuh bersama skuad terkuat untuk kali pertama.

“Zidane memanggil keseluruhan skuad pada sesi di mana bola menjadi tumpuan utama,” menurut Real dalam laman web pasukan itu selepas sesi latihan ketiga Zidane sejak menggantikan Rafael Benitez, Isnin lalu.

Benitez dipecat selepas kurang tujuh bulan mengendalikan kelab itu.

Ramos sebelum ini terlepas sesi latihan semalam selepas berdepan kecederaan kecil.

Kelihatan Sergio Ramos (tengah) menyertai latihan bersama Real Madrid. – AFP
Kelihatan Sergio Ramos (tengah) menyertai latihan bersama Real Madrid. – AFP

Gareth Bale yang terlepas sesi latihan pertama Zidane kelmarin dijangka memperoleh semula tempatnya pada perlawanan pertama kelab di bawah bimbingan legenda Perancis itu.

Real dijadualkan bertemu Deportivo la Coruna di laman sendiri, Santiago Bernabeu pada awal pagi Ahad ini.