Seri cukup buat Jerman

Seri cukup buat Jerman

BERLIN, 7 Okt (AFP) – Jerman akan berdepan Ireland di gelanggang luar esok dan satu mata di Dublin sudah cukup untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk Euro 2016, tetapi juara dunia itu mahukan kemenangan untuk menghentikan Poland daripada mengungguli kumpulan itu.

“Kami tidak mahu beraksi untuk mendapatkan keputusan seri. Tujuan kami adalah perlu memenangi perlawanan dengan kualiti,” kata midfield Jerman, Ilkay Gundogan menjelang pertembungan di Stadium Aviva.

Jerman mencatatkan kelebihan dua mata di tangga teratas Kumpulan D, tetapi seri di Dublin membolehkan Poland untuk menguasai tempat teratas jika mereka menewaskan Scotland di Glasgow malam yang sama dengan perbezaan jaringan.

Jerman mengukuhkan diri menentang Ireland kendalian Martin O’Neils, yang memperoleh satu mata dengan jaringan penyamaan pada minit ke-90 bagi melengkapkan keputusan seri 1-1 di Gelsenkirchen Oktober lalu.

“Kami tahu apa yang perlu dijangka, kami perlu bersabar seperti yang kami lakukan dalam kemenangan 3-2 di Scotland dan menunggu peluang kami,” kata pemain pertahanan Jerman, Jerome Boateng.

Dua jaringan bintang Bayern Munich itu memberikan kemenangan kepada pasukan Bavaria 5-1 ke atas Borussia Dortmund dalam pertembungan Ahad lalu bagi mengungguli Bundesliga dan dia adalah sebahagian daripada pasukan Jerman yang menewaskan Ireland 6-1 dalam kelayakan Piala Dunia, Oktober 2012.

“Saya berharap banyak perkara akan berada di laluan yang sama bagi kami seperti yang mereka lakukan sebelum ini,” kata Boateng, yang bersedia untuk memenangi kap ke-55.

ARTIKEL YANG SAMA