‘Seria Bypass’ dibuka semula

‘Seria Bypass’ dibuka semula

pg02_151119_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Sebahagian jalan Lebuhraya ‘Seria Bypass’ yang menghala ke Bandar Seri Begawan bermula dari Pusing Keliling berdekatan Tol Rasau sehingga Persimpangan Mumong akan dibuka semula kepada lalu lintas Jumaat ini.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), dalam kenyataannya hari ini, menasihatkan pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA