Seribu satu persoalan dalam All the Little Liars

Seribu satu persoalan dalam All the Little Liars

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

PENULIS nombor satu karya terlaris New York Times, Charlaine Harris kini kembali bersama siri Aurora Teagardennya yang penuh misteri dengan sebuah buku baru yang menampilkan sebuah pekan kecil di Selatan Librarian.

Di dalam novel All the Little Liars, Aurora Teagarden sedang bergembira dengan berita tentang kehamilannya apabila malapetaka mula menimpa pekan kecil Georgia itu.

Empat orang kanak-kanak telah didapati hilang setelah pulang dari padang bola sekolah pada waktu petang. Adik lelaki Aurora, Philip, yang berusia 15 tahun adalah salah seorang daripada mangsa tersebut. Juga hilang adalah dua orang rakannya, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang turut bersama-sama dalam perjalanan pulang daripada latihan bola sepak.

Kemudian terdapat penemuan yang lebih mengemparkan, di lokasi terakhir kanak-kanak itu dijejaki, telah didapati sekujur tubuh kaku tidak bernyawa.

Sementara para anggota polis tempatan dan sherif-sherif berusaha bertungkus lumus untuk menemukan semula kanak-kanak yang hilang tersebut dan menyoal siasat semua yang disyaki terlibat, Aurora dan suami barunya, seorang penulis buku jenayah dalam proses menjalankan penyiasatan mereka sendiri.

Mungkinkah pembunuhan dan penculikan tersebut mempunyai kaitan dengan sekumpulan pembuli di sekolah? Mungkinkah kehilangan Philip berkaitan dengan hutang judi ayah Aurora yang bertimbun?

Atau mungkinkah Philip sendiri yang baru dengan suasana pekan tersebut dan kurang mengetahui selok beloknya telah menyebabkan mereka semua tersesat jalan?

Walau apa pun alasannya, hari demi hari berlalu, soalan-soalan yang menjadi pertanyaan masih belum terjawap. Adakah kanak-kanak tersebut masih bernafas? Siapakah yang bertanggungjawab menyembunyikan keberadaan mereka? Dan di manakah mereka mungkin berada?

Dengan perayaan hari natal yang bakal menjelang, Aurora berazam untuk mencari adiknya, mungkinkah dia masih hidup setelah kejadian yang berlaku lebih daripada satu dekad itu?

Jangan lupa untuk mendapatkan novel misteri menarik yang dipenuhi seribu satu persoalan ini. Segala-galanya akan terjawap di dalam novel All the Little Liars.

ARTIKEL YANG SAMA