Seribu tandatangan palsu dikesan singkir Maduro

Seribu tandatangan palsu dikesan singkir Maduro

CARACAS, 2 Ogos – Pihak pembangkang Venezuela mendapatkan kebenaran hari ini untuk meneruskan usaha menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro dalam satu referendum, tetapi negara minyak itu masih jauh lagi dari mengadakan pengundian.

Majlis Pilihan raya Kebangsaan(CNE) berkata pihak pembangkang telah mengutip hampir dua kali ganda keperluan tandatangan sah, iaitu sebanyak 200,000 bagi surat rayuan yang menuntut pemimpin berhaluan kiri itu berdepan referendum.

Tetapi ia tidak menetapkan tarikh bagi peringkat seterusnya dalam proses panjang, yang mana pihak pembangkang mesti mengumpul empat juta tandatangan hanya dalam tempoh tiga hari.

Dan dalam galakan kepada dakwaan penipuan berleluasa ke atas kumpulan Maduro, ketua majlis, Tibisay Lucena, berkata pihak berkuasa telah mengesan lebih 1,000 tandatangan palsu.

Pihak pembangkang menyalahkan Maduro di atas kejatuhan mendadak ekonomi yang telah menyaksikan kekurangan teruk makanan, inflasi melampau, keganasan dan perampasan meletus di Venezuela, negara yang pernah menjadi negara berkembang dan menjadi negara simpanan minyak terbesar di dunia.

Pihak pembangkang berusaha mendesak bagi referendum diadakan sebelum 10 Januari, tarikh bagi pilihan raya baru, empat tahun dalam tempoh enam tahun yang dipegang presiden.

Selepas tarikh itu, undian panggilan berjaya akan memindahkan kuasa kepada timbalan presiden yang dipilih Maduro.

Tinjauan pendapat baru-baru ini mendapati 64 orang rakyat Venezuela akan mengundi untuk menyingkirkan Maduro. – AFP