Serikan Raya kanak-kanak

Serikan Raya kanak-kanak

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Hari Raya Aidilfitri terus disambut dengan penuh meriah yang mana Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bersama kanak-kanak di bawah jagaan pusat berkenaan dan ibu bapa serta kakitangan Kementerian Kesihatan yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan isteri, Datin Paduka Hajah Salmah binti Hanafiah.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, ketua-ketua pengarah, para pengarah, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Majlis itu menyaksikan kehadiran kira-kira 500 jemputan termasuk 200 orang kanak-kanak yang berdaftar di pusat berkenaan serta penaja-penaja yang telah menyumbang dan menyokong Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dalam membantu kanak-kanak di bawah jagaan pusat berkenaan.

Yang Berhormat Pehin bergambar bersama kanak-kanak dari pusat berkenaan.
Yang Berhormat Pehin bergambar bersama kanak-kanak dari pusat berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Adanan dan datin serta Yang Berhormat Pehin Goh King Chin yang menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Adanan dan datin serta Yang Berhormat Pehin Goh King Chin yang menghadiri majlis berkenaan.
Persembahan daripada kanak-kanak yang menyerikan lagi majlis berkenaan.
Persembahan daripada kanak-kanak yang menyerikan lagi majlis berkenaan.

Majlis sambutan itu merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kanak-kanak bagi meraikan Sambutan Hari Raya bersama kanak-kanak di bawah jagaan pusat di samping mengeratkan lagi hubungan di antara mereka dan ibu bapa serta penjaga dengan tenaga pengajar dan kakitangan pusat berkenaan.

Menerusi hubungan yang baik dan persefahaman di antara mereka itu adalah amat penting dalam memastikan penjagaan dan perkembangan yang terbaik bagi kanak-kanak di bawah jagaan pusat itu.

ARTIKEL YANG SAMA