Seronok buat roti sendiri

Seronok buat roti sendiri

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 1 Jun – Lebih 30 orang kanak-kanak dari seluruh negara telah menyertai kelas membuat roti kendalian Cinnabon yang diadakan di ruang legar Pusat Membeli-belah KBSentral di sini.

Dengan tema Bake-A-Bon, kelas tersebut telah mengajar peserta-pesertanya bagaimana menggulung dan membakar kek, kemudian menyejukkan dan merenjis-renjiskan coklat ke atas kek buatan mereka.

Di samping itu, peserta-peserta juga telah diceritakan tentang sejarah Cinnabon yang begitu terkenal dalam kalangan masyarakat di Amerika, dan antara bahan-bahannya termasuk Makara Cinnamon yang secara eksklusif dieksport dari Indonesia.

Jenama Cinnabon turut dikenali dengan pelbagai jenis kek lainnya seperti kek rol coklat, rol pecan dan sebagainya. Selain minumannya yang tidak begitu mudah untuk dilupakan, iaitu Mochalatta Chill dan minuman buah berperisa chilattas.

Kanak-kanak kelihatan begitu seronok semasa mengikuti Kelas Membuat Roti kendalian Cinnabon di KBSentral.
Kanak-kanak kelihatan begitu seronok semasa mengikuti Kelas Membuat Roti kendalian Cinnabon di KBSentral.

Beberapa orang ibu yang membawa anak-anak mereka menyertai kelas tersebut menggambarkan keseronokan yang dapat dilihat pada wajah anak-anak mereka yang menyertai kursus tersebut.

Menurut mereka, ia merupakan usaha yang baik untuk melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif, dan mengenali jenis makanan yang baik dan sihat untuk mereka.

“Saya berharap, Cinnabon akan meneruskan aktiviti seperti ini, bukan saja diadakan di Daerah Belait, tetapi juga di daerah lainnya nanti,” kata Dayang Sofiah yang turut membawa anaknya menyertai kelas tersebut.

Cinnabon Brunei, setakat ini mempunyai dua cawangan yang berlokasi di Pusat Membeli-belah Times Square di Daerah Brunei dan Muara dan Pusat Membeli-belah KBSentral di sini.

Premis Cinnabon beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, selain menyediakan perkhidmatan penghantaran tempahan melalui Pusat Penghantaran Freshco, dengan hanya menghubungi talian 2340099 bagi kawasan Berakas dan 3347799 bagi kawasan Belait.

 

ARTIKEL YANG SAMA