Serpihan di Reunion ‘tidak mungkin’ dari MH370

Serpihan di Reunion ‘tidak mungkin’ dari MH370

SYDNEY, 16 Mac (AFP) – Serpihan kedua yang ditemui di pulau lautan Hindi, La Reunion “tidak mungkin dari sebuah pesawat udara,” pihak berkuasa Australia yang mengetuai usaha mencari bagi pesawat MH370 yang hilang mengatakan hari ini.

Satu-satunya bahagian dari Boeing 777 itu yang hilang dua tahun lalu bersama 239 orang penumpang dan kru di dalamnya, yang setakat ini ditemui dan secara rasmi dikenal pasti ialah di Pulau Perancis, La Reunion.

Lelaki yang sama yang menemui bahagian ‘flaperon’ Julai lalu ketika membersihkan pantai telah menemui objek kedua yang berukuran kira-kira 40 x 20 sentimeter pada awal Mac.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) menjalankan usaha pencarian di selatan Lautan Hindi, yang mana pesawat udara itu dipercayai telah melencong dari penerbangan Kuala Lumpur–Beijing.

Pusat itu berkata para pegawai Malaysia ‘terus mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Perancis tentang serpihan yang ditemui di La Reunion’. Tetapi mereka menambah kata dalam satu kenyataan bahawa ‘makluman masa ini ialah ia tidak mungkin dari pesawat udara itu.”

JACC berkata pengaturan sedang dibuat bagi dua lagi serpihan yang dikatakan adalah dari MH370 yang ditemui di Mozambique beberapa minggu kebelakangan ini untuk dibawa ke bandar Australia, Canberra.

Kedua-dua serpihan itu akan diperiksa oleh para penyiasat dari Australia, Malaysia dan Boeing di makmal Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ‘untuk mengesahkan jika ia adalah dari pesawat udara itu dan untuk menentukan asalnya.”

ARTIKEL YANG SAMA