Serpihan kedua mungkin milik MH370 ditemui

Serpihan kedua mungkin milik MH370 ditemui

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) – Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lepas, demikian dilaporkan sebuah agensi berita.

AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.

Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui ‘Flaperon’, serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.

Begue berkata serpihan ini sama ringan dengan binaan sarang lebah madu sama seperti serpihan flaperon dan panjangnya kira-kira satu meter, demikian dilaporkan AFP.

ARTIKEL YANG SAMA