Serpihan MH370 di Tanzania – Liow

Serpihan MH370 di Tanzania – Liow

PUTRAJAYA, 15 Sept – Pakar-pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) merumuskan bahawa serpihan yang dijumpai di pulau Pemba, dekat pantai Tanzania, pada Jun tahun ini adalah milik pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ATSB dengan persetujuan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 membuat rumusan itu berdasarkan pemeriksaan teliti dan analisis ke atas serpihan, iaitu bahagian flaperon yang dijumpai pada 20 Jun tahun ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA