Sertai cabaran legenda Soh Chin Aun

Sertai cabaran legenda Soh Chin Aun

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDARS ERI BEGAWAN, 11 Nov – Seramai 11 orang daripada Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) berlepas ke Melaka, Malaysia hari ini bagi mewakili negara untuk menyertai Piala Cabaran Legenda Soh Chin Aun yang bermula esok (12 November).

Penyertaan negara dalam Piala Cabaran Legenda Soh Chin Aun itu merupakan penyertaan sulung setelah mendapat jemputan dari Melaka di mana pasukan negara diketuai oleh Haji Ali bin Haji Ismail.

Perlawanan yang akan mengambil tempat di Stadium KUBU itu dijangka bermula pada pukul 1 petang dan penyampaian hadiah akan diadakan pada sebelah malam yang akan disempurnakan oleh Legenda Presiden, Datuk Soh Chin Aun.

Pasukan negara bergambar ramai di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Melaka, Malaysia.
Pasukan negara bergambar ramai di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Melaka, Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA