Sertai IMT di Filipina

Sertai IMT di Filipina

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini mengadakan majlis Doa Selamat bagi seorang pegawainya yang akan menyertai Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) ke-13 Negara Brunei Darussalam di Mindanao, Filipina.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Penolong Penguasa Polis (ASP) Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin akan menyertai pasukan IMT ke-13 di Mindanao, Filipina selama satu tahun.

Ketika ditemui, beliau melahirkan harapan dengan menyertai pasukan ini akan dapat menimba lagi pengalaman dalam tugasan yang berhubung kait dengan kepolisian, mana-mana pengalaman yang berguna dan terbaik akan dapat diguna pakai dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.

ASP Wan Firdaus akan menyertai Pasukan IMT selama setahun di Mindanao, Filipina.
ASP Wan Firdaus akan menyertai Pasukan IMT selama setahun di Mindanao, Filipina.

ASP Wan Firdaus yang telah bertugas bersama Pasukan Polis Diraja Brunei selama lapan tahun, turut berharap pengalaman menyertai Pasukan IMT ini akan dapat menambahkan lagi pengalamannya dan juga berharap akan dapat memberikan yang terbaik khas untuk Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis bermula dengan solat sunat Hajat berjemaah, diikuti dengan bacaan surah-surah pilihan, Doa Selamat untuk pegawai yang diraikan dan disudahi dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta solat Asar berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA