Sertai IS, dipenjara 12 tahun

Sertai IS, dipenjara 12 tahun

LOS ANGELES, 8 Jun – Seorang warga California dihukum penjara 12 tahun atas dakwaan berhijrah ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam dan berperang, Pihak Berkuasa berkata semalam.

Nicholas Michael Teausant, seorang mualaf berusia 22 tahun, mengaku bersalah pada Disember lalu terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan material atau sumber kepada kumpulan haram tersebut. Beliau telah ditangkap pada Mac 2014 berhampiran sempadan Kanada, ketika dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai rangkaian haram itu.

“Keganasan tiada ada toleransi terhadap jenayah. Tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan,” Hakim Daerah AS, John Mendez berkata ketika menjatuhkan hukuman itu di Sacramento, California.

“Adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk untuk mengurangkan apa-apa risiko yang anda akan timbulkan pada masa akan datang.”

Menurut pihak berkuasa, Teausant menarik perhatian FBI pada tahun 2013 selepas beliau menyertai forum dalam talian, menyatakan keinginan untuk “menjalankan jihad ganas dan menjadi sebahagian daripada kejatuhan Amerika.”

Beliau juga didakwa mengikuti rancangan plot serangan kereta bawah tanah di Los Angeles tetapi berundur dari menyertai rancangan tersebut. – AFP