Sertai Minggu Teater China-ASEAN 2015

Sertai Minggu Teater China-ASEAN 2015

Oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Pengerusi Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB), Awang Seruddin bin Awang Damit, hari ini, berlepas ke Nanning, China, bagi mewakili negara menyertai Minggu Teater China-ASEAN 2015 yang berlangsung selama enam hari, bermula esok hingga 17 September.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengerusi Persatuan Boneka ASEAN (APA) Brunei, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin.

Pada acara itu, Awang Seruddin yang dihantar oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, akan membentangkan kertas kerja mengenai permainan boneka di Brunei, sekali gus membuat dua jenis persembahan iaitu secara solo selama tiga minit berbentuk medley ‘Tak bamban’ dan ‘Aduk-Aduk’ kemudian persembahan kolaborasi selama 50 minit bersama peserta dari Filipina.

Acara berkenaan disertai wakil-wakil dari 10 negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Laos, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Brunei Darussalam.

Awang Serudin yang mewakili PeSTAB telah berlepas ke Nanning China bagi menyertai Persembahan di Minggu Teater China-ASEAN 2015.
Awang Serudin yang mewakili PeSTAB telah berlepas ke Nanning China bagi menyertai Persembahan di Minggu Teater China-ASEAN 2015.

ARTIKEL YANG SAMA