Sertai Persidangan Kepimpinan Pelajar ASEAN

Sertai Persidangan Kepimpinan Pelajar ASEAN

Oleh Faridah Haji Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Rombongan seramai 14 orang pelajar yang terpilih bersama guru mereka, Eugenio V. Mendozar dari Sekolah St George Kuala Belait telah berlepas ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Kepimpinan Pelajar ASEAN (ASLC), yang bermula kelmarin hingga 26 Julai 2015.

Guru Besar Sekolah St George, Awang Janidi Jingan semasa ditemu bual menerangkan bahawa ASLC adalah persidangan tahunan yang menyatukan komuniti pelajar muda, berumur 14 hingga 18 tahun, yang berkongsi visi dan komitmen dalam kepimpinan abad ke-21.

Pada persidangan itu, pelajar-pelajar dari Negara Brunei Darussalam menyertai para pelajar dari Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Persidangan Kepimpinan Pelajar ASEAN telah direka untuk pelajar-pelajar yang berminat memahami kepentingan dan potensi dalam kepimpinan yang berkesan.

Rombongan 14 orang pelajar  Sekolah St George Kuala Belait bergambar ramai sebelum berlepas ke Singapura.
Rombongan 14 orang pelajar Sekolah St George Kuala Belait bergambar ramai sebelum berlepas ke Singapura.
Awang Janidi bergambar bersama ketua rombongan, Evgenio V Mendoza.
Awang Janidi bergambar bersama ketua rombongan, Evgenio V Mendoza.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, adalah penting untuk memulakannya dengan diri sendiri, mempunyai kesedaran diri dan kawalan diri.

Tema persidangan ASLC tahun ini ialah “Pendidikan Untuk Semua” selaras dengan dasar bahawa pendidikan akan mengubah kehidupan dan mengubah dunia.

Di antara aktiviti pada persidangan itu termasuk bengkel dan aktiviti luar yang akan menyediakan para peserta dengan peluang untuk meneroka perbezaan bidang-bidang kepimpinan.

Melalui program ini, pelajar akan memahami bahawa kepimpinan itu tidak mengenai kedudukan atau jawatan.

ARTIKEL YANG SAMA