Sertai pertandingan jet ski di Thailand

Sertai pertandingan jet ski di Thailand

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Seramai tiga penunggang jet ski dari Dean Racing Team berlepas ke Pattaya Thailand bagi mewakili negara menyertai King Cup Jet Ski World 2016.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar dan menyerahkan bendera negara kepada ketua rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Mariam Ulat.

Rombongan negara terdiri daripada Ketua Rombongan, Awang Baharuddin bin Zainuddin yang akan menyertai dalam kategori Spark Stock Amatur, manakala Dayang Nadiah binti Baharuddin menyertai dalam Novice Stock Ski dan Junior Stock Ski, sementara Dayang Hannah binti Baharudiin menyertai dalam Kategori Junior Stock Ski dan Ski Amateur 2 Stroke Stock.

Dayang Mariam Ulat bergambar ramai bersama tiga penunggang jet ski negara yang akan bersaing di Pattaya, Thailand.
Dayang Mariam Ulat bergambar ramai bersama tiga penunggang jet ski negara yang akan bersaing di Pattaya, Thailand.

Semasa berada di ruang berlepas, pihak media sempat menemu bual Pengasas dan Penasihat Dean Racing Team, Awang Zainuddin bin Dato Paduka Haji Marsal yang antara lain menyatakan harapannya agar rombongan negara akan membawa pulang kejayaan dengan mengekalkan semangat dan disiplin tinggi dalam pertandingan.

Beliau seterusnya menjelaskan yang sukan jet ski ini merupakan salah satu aktiviti sihat yang mempunyai disiplin tinggi dan menggesa generasi muda untuk melibatkan diri dalam sukan air ini.