Sertai Piala Presiden meski kerahan tentera

Sertai Piala Presiden meski kerahan tentera

LOS ANGELES, 9 Sept – Kapten International, Nick Price berkata beliau yakin Bae Sang-Moon berupaya untuk mengambil bahagian dalam Piala presiden bulan depan selepas menyenaraikan pemain golf Korea Selatan yang bakal mengikuti kerahan tentera sebagai salah seorang daripada dua kapten pasukannya semalam.

Mahkamah Korea Selatan pada julai memerintahkan bahawa pemenang dua kali PGA Tour Bae perlu kembali ke tanah air untuk menyelesaikan perkhidmatan tentera mandatori selama dua tahun, sesuatu yang wajib dilakukan seseorang lelaki warga Korea yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun.

Bae sudah pun bersetuju untuk menghentikan sementara kerjaya golfnya dan akan kembali ke Korea Selatan untuk mematuhi arahan mahkamah tersebut.

Price berkata beliau sudah memohon kebenaran pihak berkuasa di Korea Selatan mengenai pembabitan Bae dalam kejohanan di bandar Incheon pada 6 hingga 11 Oktober dan sudah dimaklumkan akan tiada masalah dengan penyertaannya itu.

“Saya sudah diberikan jaminan bahawa tiada masalah untuk berbuat demikian,” kata Price, yang turut memilih pemain golf Australia, Steven Bowditch sebagai seorang lagi kaptennya.

Bae Sang-Moon. – AFP
Bae Sang-Moon. – AFP

“Setakat yang saya tahu mereka akan berbincang dengan kerajaan, tetapi saya amat yakin mereka akan mendapat kebenaran untuk bermain,” tambah Price.

Price berkata beliau berminta untuk memilih Bae berikutan rekod kejayaannya dalam kejohanan Piala President, di mana beliau memenangi dua kali Terbuka KPGA Shinhan Donghae beberapa tahun lepas – AFP