Sertai Program Sekolah Berkembar di Singapura

Sertai Program Sekolah Berkembar di Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Rombongan mewakili Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam membabitkan tiga guru dan 15 murid dari Sekolah Rendah Pintu Malim berlepas ke Singapura untuk kali kedua bagi menyertai Program Sekolah Berkembar selama enam hari, bermula semalam sehingga 22 Mei ini.

Ketua rombongan sekolah tersebut Dayang Yunaidah binti Yunis berkata rombongan berusaha meraih sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman terbaik dari Sekolah Rendah Radin Mas Singapura, termasuk menyaksikan sendiri cara belajar dan kaedah pengajaran oleh para guru di negara tersebut.

Menurutnya, para guru dan murid-murid turut berpeluang merasakan pengalaman persekitaran bilik darjah dan juga melawat ke beberapa tempat menarik di Singapura.

Di samping itu juga dapat mempromosikan Negara Brunei Darusalam dan juga merupakan salah satu agenda dalam Program Sekolah Berkembar.

Sepanjang program itu, murid-murid dari Sekolah Rendah Pintu Malim juga akan membuat persembahan pentas dan pameran makanan tradisional yang dibawa oleh guru-guru untuk mengenalkan nama sekolah dan Negara Brunei Darussalam.

Sekolah Rendah Pintu Malim juga turut mempelawa beberapa syarikat seperti  DST Communications  Sdn. Bhd, Aewon Garment Embroidery dan Sunlit Advertising Sdn Bhd di dalam program ini  dengan menaja pakaian dan sepanduk untuk guru-guru dan murid-murid yang berlepas ke Singapura. – Faridah Haji Ibrahim

Salah seorang penuntut, Aizam bin Ariffin bergambar bersama keluarga sebelum berlepas ke Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Salah seorang penuntut, Aizam bin Ariffin bergambar bersama keluarga sebelum berlepas ke Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA