Sertai Sukan Petanque di Sports Event

Sertai Sukan Petanque di Sports Event

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Sports Event anjuran Persekutuan Petanque Brunei Darussalam yang diadakan untuk meningkatkan sukan berkenaan telah berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) Berakas, bermula kelmarin.

Menurut salah seorang ahli Persekutuan Pentanque Brunei Darussalam, Petanque merupakan permainan sukan yang amat mudah sama seperti horseshoes. Petanque memiliki sasaran dan hanya perlu membuat sasaran sedekat yang mungkin dan apa yang membuatkan ia lebih menarik ialah pemain boleh menang sekelip mata atau kalah selepas itu atau sebaliknya.

Sports Event selain menyediakan promosi sukan petanque, juga menyediakan aktiviti-aktiviti petanque untuk orang ramai. Bagi mereka yang ingin mencuba sukan ini, bolehlah datang ke Stadium Tertutup KSNHB.

Jawatankuasa itu menambah, mereka juga sedang mencari bakat-bakat baru dalam kalangan belia yang meminati untuk mengikuti sukan petanque.

Gambar ramai bersama ahli jawatankuasa pihak penganjur Ekspo Sukan.
Gambar ramai bersama ahli jawatankuasa pihak penganjur Ekspo Sukan.
Suasana jualan promosi yang terdapat di ekspo tersebut.
Suasana jualan promosi yang terdapat di ekspo tersebut.
Antara barangan ‘kembali ke sekolah’ yang dijual semasa ekspo berkenaan.
Antara barangan ‘kembali ke sekolah’ yang dijual semasa ekspo berkenaan.

Selain petanque, Ekspo Sukan 2015 selama 10 hari itu juga mempamerkan ratusan Promosi Kembali ke Sekolah termasuk jualan beg, kasut dan banyak lagi.

Acara itu juga mempamerkan pelbagai produk lain seperti sistem pembelajaran, perubatan,’ flooring’ dan banyak lagi.

Aktiviti yang menyeronokkan juga dibuka kepada orang ramai seperti PMBF Reptile House, Rumah Hantu, Cabaran Tamiya Borneo, Cabutan Bertuah, Peraduan Mewarna dan banyak lagi.

Kempen Menderma Darah juga diadakan sempena ekspo itu dan orang ramai dialu-alukan untuk datang sambil menderma darah.

ARTIKEL YANG SAMA