Sertai sukan Petanque di Stadium Tertutup

Sertai sukan Petanque di Stadium Tertutup

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Sebagai usaha untuk memberikan pendedahan dan menarik generasi muda supaya mengenali serta meminati sukan Petanque, Persatuan Petanque Brunei Darussalam (BPF) sedang mengadakan Sports Fest 2015 selama 10 hari yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) bermula 26 Disember lalu.

Selain memberikan pendedahan kepada para pengunjung mengenai sukan Petanque, pelbagai gerai jualan terutama barangan kembali ke sekolah dan pameran juga turut diadakan di sepanjang Sports Festival itu.

Antara kegiatan yang menarik semasa festival itu diadakan ialah ‘Cabaran Makan’, yang mana ia dibukakan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.

Menurut pihak penganjur, kegiatan itu merupakan salah satu kegiatan yang diharap mampu untuk menyerikan lagi acara tersebut dan ianya dibukakan kepada para pengunjung yang berumur 18 tahun.

pg07_151230_b

Pendaftaran bagi aktiviti tersebut akan dibukakan pada 30 Disember dengan bayaran yuran sebanyak $10 dan orang ramai yang berminat untuk menyertai cabaran tersebut bolehlah membuat pendaftaran di meja jawatankuasa di Sports Festival itu.

Kegiatan Cabaran Makan itu akan diadakan pada 1 Disember nanti di Stadium Tertutup KSNHB dan pihak penganjur mengalu-alukan orang ramai untuk tampil bersama-sama memeriahkan lagi acara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA