Sertailah Perbarisan Hari Kebangsaan 2016

Sertailah Perbarisan Hari Kebangsaan 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa penyertaan bagi perbarisan lintas hormat Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, tahun 2016 kini sudah mula dibuka. Menurut kenyataan KKBS, borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang KKBS di alamat www.kkbs.gov.bn atau dari urus setia sambutan di kementerian berkenaan.

Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada pihak urus setia sambutan tidak lewat 31 Disember 2015 (Khamis), di Urus Setia Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, tahun 2016 di Tingkat 6, KKBS, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BS8810 atau e-mel kepada urusetiahk@kkbs.gov.bn. Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi urus setia sambutan di talian 2381903 / 2381905 sambungan 1661/1662 atau faks ke talian 2380536.

ARTIKEL YANG SAMA