Seruan bagi genjatan senjata

Seruan bagi genjatan senjata

ALEPPO, Syria, 25 April – Presiden AS Barack Obama semalam menyeru pihak-pihak yang berperang di Syria supaya mengembalikan gencatan senjata yang bermasalah, ketika pengeboman rejim dan pemberontak membunuh 26 orang awam di bandar Aleppo.

Lapan minggu dalam gencatan yang diisytiharkan antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan pemberontak bukan pejuang berani mati, keganasan meningkat sekitar Aleppo, dengan berbelas-belas orang dibunuh oleh serangan udara kerajaan dan roket pemberontak.

Peningkatan dalam pertempuran dan rundingan damai terbantut di Geneva telah menyuramkan harapan bahawa gencatan senjata akan membentangkan asas yang akhirnya akan menyelesaikan konflik lima tahun yang memusnahkan Syria.

Semalam, Obama berkata beliau telah bercakap dengan rakan sejawatnya di Rusia, – sekutu utama Assad – supaya cuba menyokong gencatan senjata. “Saya telah bercakap dengan Presiden Vladimir Putin awal minggu lalu supaya cuba memastikan kita boleh mengembalikan penghentian perseteruan,” dia memberitahu para pemberita di Jerman.

Semalam Presiden dijangka akan mengumumkan rancangan untuk menghantar sehingga 250 orang lagi pelatih tentera ke Syria, menggigihkan bantuan AS kepada para pemberontak, menurut seorang pegawai pentadbiran kanan.

Seorang jurucakap EU juga mengeluarkan kenyataan yang menggesa AS dan Rusia menjadi pihak pengantara gencatan senjata ‘untuk memaksimumkan pengaruh untuk menamatkan pencabulan perjanjian ini.”

Selepas kematian 27 orang awam dilaporkan dalam pengeboman rejim di Syria Sabtu lalu, serangan-serangan baru melanda Aleppo semalam.

Dua belas orang awam terbunuh apabila serangan mengenai pasar terbuka menjual buah dan sayur, menurut kumpulan pemantau dari Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan. – AFP