Sesi Bersama DJ di McDonald’s

Sesi Bersama DJ di McDonald’s

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Radio Televisyen Brunei (RTB) dengan kerjasama McDonald’s Brunei telah mengadakan Sesi Bersama DJ (deejay) dari RTB, baru-baru ini, sempena Sambutan Ulang Tahun RTB ke-59 yang berlangsung di McDonald’s, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ketua Program Radio, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud.

Turut hadir ialah para pemenang bagi pertandingan Program Radio Kuiz @ Radio Brunei yang diadakan sempena dengan ulang tahun itu.

Sesi Bersama DJ itu diserikan lagi dengan beberapa aktiviti dan pertandingan menarik serta sesi bergambar ramai.

Antara mereka yang terlibat pada Sesi Bersama DJ, RTB bergambar ramai di McDonald’s Brunei.
Antara mereka yang terlibat pada Sesi Bersama DJ, RTB bergambar ramai di McDonald’s Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA