Sesi bertemu Wu Chun pada 26 Ogos

Sesi bertemu Wu Chun pada 26 Ogos

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Bersempena ulang tahun pertamanya di Brunei, hari ini, Bake Culture yang merupakan francais kedai roti terkenal dari Taiwan akan mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama pelakon dan penyanyi antarabangsa berkelahiran Brunei, Wu Chun.

Sejak pelancarannya setahun yang lalu, Bake Culture telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, di mana lebih 10,000 pelanggan telah mengunjungi Kedai Roti Bake Culture.

Kedai roti unik ini membawa konsep yang sungguh santai dan dipenuhi dengan seni-seni lukisan yang menceritakan mengenai budaya membuat dan membakar roti-roti yang enak, segar dan penuh berkualiti.

Pengurus Pemasaran Serantau Bake Culture, Jonathan Bong menjelaskan bahawa sesi ‘Meet & Greet’ bersama Wu Chun yang juga merupakan Pengarah Urusan Bake Culture akan diadakan pada 26 Ogos di Bake Culture, Kiulap bermula pukul 3 petang hingga 5 petang.

Pada hari berkenaan, pelanggan dan para peminat juga dialu-alukan untuk mendapatkan ‘Limited Edition Anniversary Bundle’ pada harga berpatutan dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Sesi bertemu peminat akan berlangsung di Bake Culture pada 26 hingga 28 Ogos nanti.
Sesi bertemu peminat akan berlangsung di Bake Culture pada 26 hingga 28 Ogos nanti.

Menurut beliau lagi, sempena sambutan berkenaan juga, Bake Culture akan menawarkan ‘Triple Deal’ selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos 2016.

Pada hari pertama, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi setiap lima pembelian roti siri mini, pada 25 Ogos pula, Bake Culture menawarkan roti-roti terpilih pada harga hanya $1, dan pada hari ketiga, Bake Culture akan mengadakan ‘Cake Craze’.

Selama setahun, Bake Culture telah mencapai beberapa mercu tanda antaranya mendapatkan sijil halal dan pembukaan cawangan Bake Culture di tiga kawasan yang telah membantu meletakkan Brunei dalam peta dunia apabila Bake Culture dipaparkan secara eksklusif dalam program televisyen makanan yang paling popular di Taiwan ‘Super Taste’, tambah Jonathan.

ARTIKEL YANG SAMA