Sesi dialog JPD bersama pengusaha

Sesi dialog JPD bersama pengusaha

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa Sesi Dialog JPD bersama semua pengusaha bengkel kenderaan bermotor dan treler termasuk penjual dan pemasang alat ganti serta aksesori kenderaan di seluruh negara akan diadakan pada 28 September di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

Menurut kenyataan JPD, di sini, tujuan utama sesi dialog ialah sebagai makluman awal mengenai pendaftaran dan pengiktirafan bengkel serta pendaftaran dan kebenaran menjual alat-alat ganti serta aksesori kenderaan.

Di samping itu, ia juga sebagai landasan pengumpulan maklumat dan data-data lanjut mengenai operasi dan pengendalian semua bengkel kenderaan bermotor dan treler serta penjual dan pemasang alat ganti serta aksesori kenderaan di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, pengusaha-pengusaha yang telah dijemput dan mana-mana pengusaha yang tidak menerima jemputan berkenaan adalah dikehendaki menghadiri sesi dialog tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Pusat Pemeriksaan dan Bengkel Kenderaan di JPD, Beribi (Bangunan JPD Lama) di talian 7181641, 2455050 atau 2423161, Faks 2454362 atau e-mel ke alamat info_ltd@land-transport.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA