Sesi dialog SM Rimba

Sesi dialog SM Rimba

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Dalam usaha untuk meningkatkan perhubungan rangkaian yang baik, berkesan dan efektif, Sekolah Menengah (SM) Rimba telah mengadakan sesi dialog bersama penghulu, ketua-ketua kampung dan pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, di bilik mesyuarat sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Antara yang menghadiri dialog berkenaan ialah Penghulu Mukim Gadong A, Haji Tahamit bin Haji Nudin, pengetua sekolah, Pengerusi Exco Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) SM Rimba, pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah dan ketua-ketua kampung di kawasan sekitarnya.

Sesi dialog tersebut antara lain bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai anak-anak buah kampung khususnya hal ehwal pelajar SM Rimba secara tidak langsung berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi dalam bidang pendidikan.

Sesi dialog Sekolah Menengah Rimba bersama penghulu, ketua kampung dan pegawai di Jabatan Sekolah-Sekolah.
Sesi dialog Sekolah Menengah Rimba bersama penghulu, ketua kampung dan pegawai di Jabatan Sekolah-Sekolah.

Ia juga dihasratkan dapat memberi galakkan kepada penghulu dan ketua kampung untuk turut serta menyumbangkan saranan atau tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan anak-anak buah kampung.

Selain itu, penghulu dan ketua kampung pada dialog ini juga dapat sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak buah kampung dengan menghadirkan diri dalam apa jua aktiviti yang diadakan di sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA