Sesi khas penyelamatan Greece

Sesi khas penyelamatan Greece

BERLIN, 16 Ogos (Agensi) – Anggota perundangan Jerman akan mengadakan sesi khas pada Rabu ini untuk memutuskan pakej penyelamatan baru bagi Greece.

Para Menteri Kewangan 19 negara yang menggunakan mata wang euro memberikan kelulusan mereka pada Jumaat bagi sejumlah 26 bilion euro (AS$29 bilion) untuk membantu Greek memulihkan ekonominya yang merudum.

Dalam suratnya semalam, Speaker Parlimen Jerman Norbert Lammert meminta anggota perundangan supaya membatalkan cuti musim panas mereka dan kembali ke Berlin untuk mengadakan undian.

Gabungan Canselor Jerman Angela dijangka memenangi sokongan yang diperlukan bagi penyelamatan kali ketiga ke atas Greek, meskipun berbelas-belas penentangan daripada kalangan parti tersebut sendiri.

Pada undian yang sama Julai lepas, 60 dari 311 anggota blok konservatif Merkel menentang diteruskan rundingan penyelamatan untuk mencegah Greece daripada gagal membayar hutangnya.

ARTIKEL YANG SAMA