Sesi kongsi sama PIBG & BSM

Sesi kongsi sama PIBG & BSM

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh SM PDSM

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri (SM PDSM) baru-baru ini telah menganjurkan sesi kongsi sama bersama Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir pada majlis itu ialah ketua-ketua kampung Pelambaian, Dato Ghandi, Mentiri Kawasan 1 dan 2 yang juga dihadiri para pelajar Tahun 10 dan Tahun 11 bersama para ibu bapa, penjaga, guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

Di bawah Program Outreach yang diungkayahkan oleh PIBG SM PDSM bagi tahun ini yang bertujuan untuk memupuk kesedaran kerjasama bagi menghargai subsidi kerajaan, Ketua Jabatan Jenama dan Komunikasi, BSM, Awang Mohd Adini bin Haji Mohd Daini pada sesi itu, turut berkongsi maklumat mengenai peluang pekerjaan dengan kelulusan yang diperlukan untuk bekerja di sektor swasta khususnya di BSM.

Warga PIBG SM PDSM bergambar ramai bersama wakil-wakil BSM.
Warga PIBG SM PDSM bergambar ramai bersama wakil-wakil BSM.

ARTIKEL YANG SAMA