Sesi latihan upacara menaikkan bendera besar

Sesi latihan upacara menaikkan bendera besar

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 akan diadakan pada 15 Julai 2016.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran upacara itu nanti, sesi latihan telah diadakan di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pagi tadi sebagai persediaan untuk menaikkan bendera kebangsaan bersaiz besar yang akan berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara pada 1 Julai nanti.

Dalam latihan pagi tadi, seramai 70 anggota terdiri daripada anggota-anggota Jabatan Penjara, Bomba dan Penyelamat dan juga Tentera Laut Diraja Brunei selaku pengiring dan pembawa bendera dan bendera bersaiz besar.

pg05_160628_a

Latihan menaikkan Bendera Kebangsaan untuk Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

pg05_160628_b

Hadir semasa raptai bagi memastikan ia berjalan lancar ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam. Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan dari beberapa buah agensi yang terlibat dalam acara sebenar 15 Julai nanti.

Penglibatan para peserta yang terpilih untuk menjayakan upacara berkenaan memainkan peranan yang signifikan serta mencerminkan tanda rakyat yang taat setia kepada raja dan Negara Brunei Darussalam yang tercinta.

ARTIKEL YANG SAMA