Sesi muzakarah bersama penduduk Temburong

Sesi muzakarah bersama penduduk Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Sesi pemuzakarahan bagi pembinaan cadangan Projek Jambatan Temburong bersama penduduk kampung dan pihak yang terlibat di Kampung Labu, Daerah Temburong akan diteruskan lagi pada 21 November ini.

Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini mengatakan muzakarah yang akan diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar Daerah Temburong pada jam 9:30 pagi itu bertujuan mengongsikan maklumat mengenai cadangan Projek Jambatan Temburong.

Ia juga menjadi wadah pemberigaan kepada penduduk dan masyarakat di kawasan terlibat, untuk mereka mengajukan pertanyaan dna sebarang kewahaman mengenai projek berkenaan kepada agensi yang berkenaan secara langsung.

Sesi muzakarah ini juga diharap dapat menangani beberapa isu bersangkutan aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan orang ramai, lalu-lintas, kecemasan dan sebagainya sepanjang proses pembinaan.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Kampung Labu dialu-alukan untuk hadir ke sesi muzakarah itu.