Sesi parlimen Iraq cetus pergaduhan

Sesi parlimen Iraq cetus pergaduhan

BAGHDAD, 14 April (AFP) – Sesi tergempar parlimen Iraq bertukar menjadi keadaan kelam kabut semalam yang menghalang pengundian kabinet baru di tengah pertikaian berhubung gabungan politik yang mengawal jawatan penting kerajaan.

Para ahli undangan berbantah-bantahan dan melontar botol air antara satu sama lain di dewan parlimen yang memaksa sesi untuk berehat, para ahli parlimen memberitahu AFP. Perbalahan politik berlaku pada detik penting bagi Iraq, yang berjuang untuk meraih semula lebih banyak wilayah dari kumpulan pejuang berani mati IS, dan Washington melahirkan kebimbangan akan pertikaian kabinet boleh melupakan perjuangan itu.

Berbelas-belas ahli undangan mengadakan mogok duduk semalaman di parlimen untuk membantah usaha-usaha oleh gabungan politik berpengaruh untuk mengekalkan kawalan ke atas kementerian-kementerian, yang mengakibatkan speaker Salim al-Juburi bersidang semalam.