Sesi pendengaran calon pemimpin PBB minggu depan

Sesi pendengaran calon pemimpin PBB minggu depan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerikat Syarikat, 10 April (AFP) – Buat pertama kali dalam sejarah 70 tahun PBB, calon-calon yang bersaing untuk menjadi setiausaha tetap akan cuba memikat kerajaan-kerajaan dunia bagi jawatan itu dalam sesi pendengaran yang bermula minggu depan.

Empat lelaki dan empat wanita berkempen untuk menjadi diplomat tertinggi dunia dan setiap seorang berdepan dengan Dewan Perhimpunan Agung selama dua jam untuk membentangkan wawasan mereka dan menjawab soalan dari negara-negara anggota dan masyarakat awam.

Sesi pendengaran yang tidak pernah diadakan sebelum ini itu adalah sebahagian dari usaha lebih meluas bagi pemilihan lebih telus bagi sesiapa yang akan menggantikan Ban Ki-moon pada 1 Januari 2017. “Kami telah memutuskan untuk membukakan persaingan ini,” Duta Perancis Francois Delattre berkata tenang proses pemilihan baru.

Sesi dengar itu ‘adalah penting dan baru dan saya memang merancang untuk hadir bgi mendengar setiap calon,” dia memberitahu AFP. Selama berdekad-dekad, pemilihan ketua PBB telah menjadi skop lima anggota tetap Majlis Keselamatan – Britain, Perancis, China, Rusia dan AS – dalam proses yang sebahagian besarnya dilakukan secara tertutup.

Tetapi pada September lalu Dewan Perhimpunan Agung mengundi untuk menarik balik beberapa kerahsiaan yang menyelubungi proses itu, dengan meminta calon-calon menghantar surat permohonan rasmi, mengemukakan ringkasan peribadi dan muncul pada sesi pendengaran.

Antara calon-calon yang diumumkan ialah ketua UNESCO Irina Bokova dari Bulgaria, bekas perdana menteri New Zealand yang juga Ketua Program Pembangunan PBB Helen Clark dan bekas pesuruhjaya tinggi bagi orang pelarian Antonio Guterres dari Portugal.

ARTIKEL YANG SAMA