Sesi piloxing dan parkour di Kompleks Mabohai

Sesi piloxing dan parkour di Kompleks Mabohai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Bersempena dengan acara ‘Move with Mabohai’ sesi Piloxing dan taklimat serta demo Parkour telah diadakan di Kompleks Membeli-Belah Mabohai petang tadi.

Terdahulu, acara dimulakan dengan sesi Piloxing yang telah diketuai oleh jurulatih dari Bshahs Fitness Studio, Kay Karim di mana beliau telah mengadakan sesi Piloxing selama sejam bersama orang ramai yang hadir.

Kemudian diteruskan lagi dengan taklimat serta demo Parkour yang telah disampaikan oleh Awangku Muhd Nur ‘Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan, 20, atau dikenali sebagai Ben dari Persatuan Brunei Parkour.

Ben semasa ditemui memberitahu bahawa aktiviti berkenaan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang aktiviti parkour di negara ini khususnya kepada para beliau muda yang berkemungkinan mempunyai minat terhadap aktiviti berkenaan.

Beliau yang berminat terhadap aktiviti itu sejak tujuh tahun lalu turut melahirkan harapan, dengan mengadakan aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan peluang kepada Persatuan Brunei Parkour untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang berminat dan berkepentingan dalam sama-sama memberigakan lagi persatuan itu sehingga tahap antarabangsa di samping mempromosikan aktiviti Parkour ke sekolah-sekolah bagi tahun ini.

Acara ‘Move with Mabohai’ itu bermula dari jam 10 pagi sehingga 5 petang dan turut diisikan dengan jualan makanan yang menampilkan peniaga-peniaga tempatan seperti Gzul Yusof, Mamushka Cupcakery, Sweetness by Ezarul, Bn16s_Kitchec, Beebo Baker, P-Nuts dan Chupbakery.

ARTIKEL YANG SAMA