Sesi uji bakat Ceria I-Star 17 Jun ini

Sesi uji bakat Ceria I-Star 17 Jun ini

Oleh Norizan Murshid

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Anak-anak kecil (5 hingga 14 tahun) yang berbakat di negara ini berpeluang untuk menyertai Program Ceria I-Star di Astro Ceria dengan mengikuti sesi uji bakat yang akan diadakan pada 17 Jun ini.

Sesi uji bakat yang bakal diadakan di Studio RegalBlue Production, NO.153, Simpang 528, Kampung  Sungai Hanching, Jalan Muara, di sini, itu akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

Kategori-kategori bakat yang dicari termasuk bercerita, menyanyi (berkumpulan atau solo), pidato dan ceramah.

Sehubungan itu, kanak-kanak yang berminat disarankan membawa gambar dan biodata peribadi.

ARTIKEL YANG SAMA