Sesi uji bakat Ceria I-Star dapat sambutan

Sesi uji bakat Ceria I-Star dapat sambutan

Ole Imelda Groves HA & Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Pihak penerbitan I-Star, Astro Ceria terkejut dengan penyertaan kanak-kanak di negara ini dalam sesi uji bakat bagi program Astro Ceria I-Star yang diadakan di RegalBlue Production, Sungai Hanching, di sini, hari ini.

“Alhamdulillah kami terkejut ramai yang datang bagi sesi uji bakat hari ini, dan jumlah yang hadir ada yang melebihi jumlah sesi uji bakat yang pernah diadakan di Malaysia.

“Kami menjangka dalam 30 ke 50 penyertaan namun kehadiran peserta melebihi jumlah tersebut, ramai sampai hampir mencecah pukul 6 petang,” ujar Penerbit Eksekutif I-Star, GenNext Studio, Astro, Irwan Rauf.

Rombongan yang datang dari Malaysia itu juga terkejut dengan bakat-bakat yang ada memandangkan ramai yang mengetahui program TV tersebut dan yang datang juga lebih kepada nyanyian.

“Sebelum datang ke Brunei, kami jangkaan lebih kepada Islamik macam nasyid dan sebagainya tetapi ramai juga peserta yang melahirkan bakat mereka yang berkebolehan menyanyi dan kami memang mencari seorang talent yang pandai menyanyi,” ujarnya lagi.

Sesi bergambar ramai wakil-wakil Astro bersama warga RegalBlue Production.
Sesi bergambar ramai wakil-wakil Astro bersama warga RegalBlue Production.
Irwan Rauf (dua kiri) ketika menguji bakat bagi program Ceria I-Star.
Irwan Rauf (dua kiri) ketika menguji bakat bagi program Ceria I-Star.
Salah seorang peserta ketika menjalani uji-bakat berkenaan dengan bakat nyanyiannya.
Salah seorang peserta ketika menjalani uji-bakat berkenaan dengan bakat nyanyiannya.

Menurut beliau, ramai peserta berbakat yang hadir dan ramai juga peserta yang memiliki bakat yang mungkin perlu diasah lagi.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, telah terdapat beberapa calon yang disenarai pendekkan dan akan mewakili Brunei untuk ke luar Malaysia yang akan ditapis lagi oleh saya sendiri dan ustaz serta beberapa orang yang lain,” jelasnya lagi.

Ceria I-Star adalah program TV terbaru untuk saluran Astro Ceria 613 yang merupakan kesinambungan program-program Ceria Superstar yang fokus kepada tarian, Ceria Pop Star yang menumpukan kepada nyanyian, dan tahun lalu Ceria All-Star yang mengetengahkan pelbagai bakat kanak-kanak, manakala itu tahun ini Ceria I-Star menumpukan kepada program melahirkan bakat-bakat yang berunsur Islamik.

Sesi uji bakat berkenaan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA