Setem ingati PBB

Setem ingati PBB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Sempena Ulang Tahun ke-70 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan setem kenang-kenangan di kesemua pejabat pos bermula 24 Oktober ini.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mengatakan Hari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu disambut pada setiap 24 Oktober setiap tahun dan PBB akan menyambut ulang tahun ke-70.

Sambutan itu bertujuan untuk menyatukan semua negara-negara ahli PBB, masyarakat awam sedunia dan individu-individu bagi mencapai kewujudan dunia yang lebih baik dengan tema sambutan tahun ini ialah ‘PBB Mantap, Dunia yang Lebih Baik.’

Logo rasmi untuk Ulang Tahun Ke-70 PBB telah direka oleh PBB untuk kegunaan dalam semua kegiatan dan Program Ulang Tahun PBB ke-70 dan penggunaannya  digalakkan  untuk  projek-projek  khidmat  komuniti pendidikan dan awam yang terkandung di dalam Piagam  PBB.

Ia juga sebagai memaklumkan orang awam tentang peranan PBB di dunia moden dan meningkatkan perbincangan mengenai kebimbangan asas PBB setelah 70 tahun penubuhannya dan dunia mana ia terletak.

Menurut kenyataan itu lagi, Brunei Darussalam menjadi ahli PBB pada 21 September 1984 dan keahlian Brunei Darussalam adalah signifikan kerana ia merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada kemerdekaan dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA